L.O.V.E

L.O.V.E

Sunday, 20 January 2013

Kisah Dajjal

Assalamualaikum..
Selamat malam everyone..Malam ni malam membaca aku.. Malam minggu and i feel like, ohh alangkah bagusnya if aku mengisi masa lapang dgn benda2 berfaedah kan.. So, amik buku dan baca. :-) Suddenly, aku terbaca 1 kisah yg bg aku kita suma kena tahu dan amik tahu.. Kisah ni aku baca dari majalah Al-Islam, Bil:467. I feel like it is good for me to share with you guys. Sahal b.Muaz b. Anas menyatakan, "Baginda S.A.W bersabda : Barang siapa yang mengajarkan satu ilmu, maka baginya pahala org yg mengamalkannya, sedang tidak mengurangkan pahala org yg mengamalkannya." (HR Ibnu Majah).. Maka dgn itu, aku tergerak hati utk share dgn korang. 

SELAGI DIINGATI DAJJAL TIDAK AKAN KELUAR

Kalau tidak ada Dajjal bukan kiamatlah namanya. Dajjal itu menjadi penyedap cerita tentang kiamat. Kerananya, bersama Dajjal akan ada dabbah, Nabi Isa dan Yakjuj  Makjuj. Sesungguhpun nama Dajjal itu tidak disebut di dalam Al-Quran tp hadis telah menceritakannya dengan jelas. 

Banyak hadis yg memperincikan ciri-ciri Dajjal dan paling popular sekali adalah cerita Tamim Ad-Dari (Seorang paderi Nasrani yg telah memeluk Islam) berlayar dan dipukul ombak lalu terdampar di sebuah pulau. Hadis Tamim Ad-Dari memang sebuah hadis yg panjang menceritakan bagaimana rupa Dajjal. 

Menurut Dr.Fadlan, secara umumnya ulama akan membincangkan 2 benda apabila menyebut ttg Dajjal. 1 : adakah Ibnu Shayyad itu Dajjal? 2: adakah Dajjal itu hidup?? 

Persoalan yg pertama, siapa itu Ibnu Shayyad? Semasa zaman Rasullullah ada seorang budak yg pelik sedikit hidupnya. Ibnu Shayyad ini menjadi tukang tilik ketika usianya masih kecil lagi tetapi kadang-kadang tilikannya benar dan ada kalanya palsu. Disebutkan sebuah hadis dari Abdullah bin Umar yg pernah mengikut rombongan Rasullah untuk mecari Ibnu Shayyad. Akhirnya bertemu, waktu itu Ibnu Shayyad masih kecil sedang bermain dengan kanak-kanak lain. Saat itu umurnya hampir baligh. Dia tidak menyedari kedatangan Rasullulah, sehingga Rasulullah memegang tangannya. 

Baginda bersabda, "Mahukah kamu bersaksi bahawa aku ni Rasulullah?" 
Ibnu Shayyad berfikir sejenak lalu berkata, "Aku bersaksi bahawa kamu adalah Rasullulah bagi org-org ummi (buta huruf)." 
Kemudian Ibnu Shayyad bertanya pula, "Mahukah kamu bersaksi bahawa aku ini Rasullulah?"
Rasullulah tidak melayan dan berkata, "Aku beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya." 
Kemudian Rasullulah bertanya kpdnya, "Apa yg engkau nmpk sebenarnya?"
Ibnu Shayad berkata, "Datang kpd ku org yg benar dan org yg dusta"
Nabi mengatakan, "Engkau ini kebingungan," lalu Nabi menyambung, "Aku ada suatu benda yg aku sembunyikan."
Ibnu Shayyad meneka, "Ad Dukh." 
Rasullullah bersabda, "Pergilah, engkau tidak akan ke mana." 

Kemudian Umar meminta izin dari Rasullulah untuk menghapuskan Ibnu Shayyad. Lalu Nabi menjawab, "Kalaupun dia itu Dajjal, engkau tidak akan boleh membunuhnya kerana yg membunuh Dajjal adalah Nabi Isa. Jika dia bukan Dajjal, apa faedah engkau hendak membunuhnya." (HR Bukhari)

Sambung Dr.Fadlan, dari hadis itu jelas dapat dilihat tentang kebimbangan Nabi mengenai aktiviti Ibnu Shayyad yg diperkatakan oleh org ketika itu sebagai Dajjal. Namun setelah Rasulullah menemuinya maka dia bukanlah Dajjal. Pertamanya, jawapan Ibnu Shayyad, "Ad Dukh" adalah dari singkatan Ad Dukhan iaitu maksudnya Asap. Di situ para ulama menjelaskan bahawa org yg mempunyai hubungan dgn jin ada kalanya menerima berita dgn tepat tp ada masanya mereka akan dgr berita yg tidak lengkap. Dari situ lah diputuskan bahawa Ibnu Shayyad bukan Dajjal. 

Pun begitu harus diingat di dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda, "Akan wujud Dajjal-Dajjal sebelum datangnya Dajjal sebenar." Para ulama mengatakan mereka bukan Dajjal yg besar sebaliknya salah seorang Dajjal-Dajjal yg menyebabkan huru-hara.

THE END

Kesimpulan dari apa yg saya baca dan faham ialah, Dajjal-Dajjal itu wujud sebelum datangnya Dajjal sebenar. Siapakah Dajjal-Dajjal itu? Mereka ialah org yg akan menyebabkan huru-hara di muka bumi sebelum kiamat itu tiba dan Dajjal sebenar akan muncul. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana rupa Dajjal yg sebenarnya. Dari cerita2 yg kita dgr, Dajjal bermata satu. Setiap hari aku berdoa semoga kita semua terhindar dari fitnah Dajjal...Insyaallah....Wallahualam Bissawab...

No comments:

Post a Comment