L.O.V.E

L.O.V.E

Sunday, 20 January 2013

Hal Ehwal Wanita (Soal Jawab Bersama UAI)

Assalamualaikum semua..
Sekali lagi aku ingin berkongsi sesuatu dengan korang semua iaitu hal-hal yg berkaitan dengan wanita. BTW, aku bukanlah mereka-reka cerita tapi semua ilmu dan maklumat yg aku dapat ini ialah dari "Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus"...Tak salah kita berkongsi ilmu kan..cuma antara nak dgn tak je.. Kita sebagai kaum wanita semestinya byk benda yg kita perlu tahu...So, selamat membaca :-) 

1) Pakai tudung nampak leher, pakai baju ketat2 sampai nampak bentuk tubuh 
    - Pakai jubah tetap HARAM jika menampakkan bentuk tubuh.

2) Azab bg penyanyi wanita.
    - Siapa yg menggunakan mulutnya untuk derhaka kepada Allah akan dituangkan air yg panas ke dalam mulutnya dalam neraka. Nauzubillah..

3) Guna duit isteri buat belanja.
    - BOLEH dengan izin si isteri.

4) Perempuan memakai minyak wangi.
    - BOLEH sekadar dirinya sahaja yg dpt baunya. Jika semerbak berlebihan TIDAK BOLEH.

5) Hukum pakai jaket di luar tudung hingga menampakkan bahu.
    - TIDAK HARAM kerana bentuk bahu tersebut tidak dikira berdosa melainkan ketat sehingga nampak bentuk dada.

6) Bertudung tapi timbul bonjolan rambut di belakang kepala.
    - TIDAK HARAM jika bukan sengaja buat bonggol untuk dilihat tetapi nampak sebab sukar sembunyikan sanggul.

7) Rambut gugur wanita datang haid sunat ditanam dan potong kuku serta rambut.
    - SUNAT tanam.Tidak salah potong kuku dan rambut semasa haid.

8) Fenomena tudung berfesyen.
    - Boleh dgn syarat menutup aurat (tidak kelihatan warnanya) dan tidak menampakkan bntuk aurat seperti leher dan dada.

9) Bolehkah wanita yg tidak boleh solat ke Mekah?
    - BOLEH

10) Wanita bukan Islam urut wanita islam.
      - BOLEH jika tiada tukang urut wanita Muslim dan sakit yg berat bukan sedikit.

11) Hukum jual Corset & tunjuk badan.
      - HARAM tunjuk badan, TIDAK HARAM jual corset.

12) Pakai tudung tutup aurat tp niat hendak tunjuk cantik memakai tudung.
      - TAK BERDOSA jika telah menutup aurat tetapi TIADA PAHALA kerana tidak niat kerana Allah SWT.

13) Hukum simpan teddy bear atau anak patung.
     - Hanya boleh untuk mainan kanak-kanak belum baligh. HARAM yg sudah baligh simpan dalam bilik sbg hiasan bilik atau hiasan dinding.

14) Hukum pergi program langsing badan.
      - Sertai program yg betul2 amanah dan mengikut peraturan Islam, jgn dedahkan aurat di khalayak ramai samaada sedar atau tidak.

Jadi, inilah dia antara persoalan-persoalan yg terdapat di dalam "Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar" yg saya ambil dan share kan di sini. Semoga memberi manfaat utk kita semua. Insyaallah...

1 comment: