Bahan A :
Bread Pudding
-
1 buku
roti gardenia saiz kecil.
(Aku pakai
semua melainkan yang atas dgn bawah je. Buang yang tepi2 dia. Setiap keping
potong dua bahagian. Depend la nk bentuk segitiga ke, segiempat ka.
-
Kismis/chocolate
chip.
Ini terpulang
pada korang nk letak apa. Kalau nk manis, letak kismis tapi make sure selitkan
kat bawah2 lapisan roti. Kalau tak nanti dia hangit. Chocolate chip tu boleh
taburkan je kat atas roti.
-
80ML
fresh milk.
Tuang dalam loyang
yang berisi roti tadi dan make sure keseluruhan roti kena susu dan biarkan dia
meresap. Letak tepi seketika tapi jgn terlalu lama nanti susu yang lebihan tu
akan hangit bila dibakar nanti.
P/S: Sila sediakan
bahan2 dibawah dulu sebelum korang buat yang atas ni. Takut bila susu tu
terlalu lama dibiarkan meresap dalam roti, rasanya tidak sedap.
Bahan B : Utk
membuat Chocolate (Disiram di dalam Loyang berisi roti dan fresh milk tadi).
-
1 penutup esen vanila
-
3 sudu besar marjerin/butter - cairkan dulu (aku
cairkan dlm mikrowave dlm 10 saat je)
-
3 biji telor hayam
-
3 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas =
jadikan pes
-
1 sudu besar tepung jagung
-
1/2 cawan gula ( aku sukat pakai cawan kopi ).
Kalau nk manis korang letak la 1cawan. Biar potong kaki..hahaha
** Ambil
bekas yang besar sikit, dgn menggunakan spatula (senduk plastic pun boleh), pukul
telur hayam dan gula sampai berbuih.
**
Kemudian, bila dah nampak berbuih, masukkan pes koko, esen vanila, tepung
jagung dan butter. Pukul lagi sampai sebati.
** Sila
tuang adunan yang dah siap tadi dalam Loyang berisi roti dan susu tadi ok.
**
Bakar dan masukkan dalam oven. Pakai api atas dan bawah. Aku pakai 150 celcius
dan biarkan selama 45minit. Ini pun bergantung pada jenis oven korang. Kalau oven
kecik, cepatla masak.
Bahan C
: Chocolate Sauce
-
1
keping chocolate cake bar. Aku pakai chocolate beryl mcm gmbr kat bawah. Dia
jual besar2. Korang pakai 1 kerat kecik pun dah cukup.
-
Dengan menggunakan kaedah double boiled,
masakkan coklat di atas sampai cair. Then dah siap, sila siram di atas pudding tadi.
-
Hasilnya : Taraaaaaa!!!!!!
**SELAMAT MENCUBA**

No comments:
Post a Comment