L.O.V.E

L.O.V.E

Wednesday, 21 November 2012

Pavlova


Resepi pavlova kebanyakkannya sama je cuma cara membuatnya ada yg sedikit berbeza.. dan seperti biasa, aku akan buat cara mana yg paling mudah.. hahaha yg mudah itu lg best membuatnya..
Mari kita mulakan dgn bahan2 dulu:

~ 4 biji putih telur hayam..telur ni BUKAN yg disimpan dalam peti ais tu ye. Keluarkan dulu.
~ 3/4 cawan gula.
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan
~ 1/2 sudu teh esen vanila

Tu je bhn2nya... mudah kannn.. bahan topping kat bwh kang aku citer.. baca sampai abis dulu arahan ni ye.. hehehe

Cara2 membuatnya:

1)   Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah saje..
 
2) Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120-100 celcius..aku guna 120..cepat sikit kan..

3)   Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje tau..
 
4) Kemudian, putar putih telur pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telur tu gebu (Soft peaks). Korang putar guna button paling maxs terus ye..
 
5) Soft Peaks tu maknanya, bila korang telangkupkan bekas tu, putih telur tu tak jatuh..
 
6) Seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, masukkan gula kastor sikit2..jgn stop putar..
 
7) Putar sampai kental..dlm keadaan mixer still berputar, masukkan tepung jagung, esen dan cuka terus ok...putar lagi dalam 4,5minit mcm tu..

10) Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..
 
11) Seterusnya, sediakan dulang pembakar dlm oven tu, lapikkan dgn kertas minyak, dan tuang adunan tadi atas kertas minyak tu..make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis..sedang2 je lah..
 
12) Then, masukkan dlm oven..aku pakai suhu 120 celcius..bakar dalam 1 jam 20minit mcm tu lah..ni pun bergantung pada jenis oven korang..kalau besar, lambat sikitlah.


P/S: Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket..

13) Bila dah masak, jgn kuarkan terus dari oven..biarkan je dlm tu sambil bukak sikit pintu oven tu.ni untuk mengelakkan dia merekah..
 
Bahan2 topping:


~ Secawan @ 250 ml whipping cream..Aku pakai whipping cream jenama Rich. BTW, tak semua jenama whipping cream akan kental.
 
~Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak.
~ Sementara tu jugak, sila potong buah2an yg nak di gunakan.. aku guna strawberi, anggur hitam dan kiwi je.. potong ikut sukahati korang lah..

Cara2 menghias:
~ Pindahkan pavlova td dgn berhati2 ke dalam bekas.. pavlova ni sgt lembut tau dlmnya.. macam mashmallow, sbb tu kena berhati2 masa nak asingkan dr baking paper..Lapiskan dgn whipping cream tadi. Ikut suka korang la nk taruk mcm mana pun.
~ Last sekali atur buah2an.. susun ikut kreativiti anda..sejukkan dulu dlm peti ais sblm di mkn.. mkn time krim dia sejuk2 lg sedapp..
Hasilnya : Tara!!!!!
 
**SELAMAT MENCUBA**

Bread Chocolate Pudding with Chocolate Sauce


Bahan A : Bread Pudding

-          1 buku roti gardenia saiz kecil.  

(Aku pakai semua melainkan yang atas dgn bawah je. Buang yang tepi2 dia. Setiap keping potong dua bahagian. Depend la nk bentuk segitiga ke, segiempat ka.

-          Kismis/chocolate chip.

Ini terpulang pada korang nk letak apa. Kalau nk manis, letak kismis tapi make sure selitkan kat bawah2 lapisan roti. Kalau tak nanti dia hangit. Chocolate chip tu boleh taburkan je kat atas roti.

-          80ML fresh milk.

Tuang dalam loyang yang berisi roti tadi dan make sure keseluruhan roti kena susu dan biarkan dia meresap. Letak tepi seketika tapi jgn terlalu lama nanti susu yang lebihan tu akan hangit bila dibakar nanti.
 

P/S: Sila sediakan bahan2 dibawah dulu sebelum korang buat yang atas ni. Takut bila susu tu terlalu lama dibiarkan meresap dalam roti, rasanya tidak sedap.

 

Bahan B : Utk membuat Chocolate (Disiram di dalam Loyang berisi roti dan fresh milk tadi).

-          1 penutup esen vanila
-          3 sudu besar marjerin/butter - cairkan dulu (aku cairkan dlm mikrowave dlm 10 saat je)
-          3 biji telor hayam
-          3 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas = jadikan pes
-          1 sudu besar tepung jagung
-          1/2 cawan gula ( aku sukat pakai cawan kopi ). Kalau nk manis korang letak la 1cawan. Biar potong kaki..hahaha
** Ambil bekas yang besar sikit, dgn menggunakan spatula (senduk plastic pun boleh), pukul telur hayam dan gula sampai berbuih.
** Kemudian, bila dah nampak berbuih, masukkan pes koko, esen vanila, tepung jagung dan butter. Pukul lagi sampai sebati.
** Sila tuang adunan yang dah siap tadi dalam Loyang berisi roti dan susu tadi ok.
** Bakar dan masukkan dalam oven. Pakai api atas dan bawah. Aku pakai 150 celcius dan biarkan selama 45minit. Ini pun bergantung pada jenis oven korang. Kalau oven kecik, cepatla masak. 

Bahan C : Chocolate Sauce
-          1 keping chocolate cake bar. Aku pakai chocolate beryl mcm gmbr kat bawah. Dia jual besar2. Korang pakai 1 kerat kecik pun dah cukup.
 

-          Dengan menggunakan kaedah double boiled, masakkan coklat di atas sampai cair. Then dah siap, sila siram di atas pudding tadi.

-          Hasilnya : Taraaaaaa!!!!!!
 
 

**SELAMAT MENCUBA**